Subscribe:

Penjejak

Labels

Wednesday, September 29, 2010

konvoi ke sepang....

salam..

seperti yang di maklumkan, alternative riding club malaysia dengan kerjasama alternative riding club pandan dan alternative riding club selangor bakal menganjurkan himpunan ahli-ahli atau belum lagi untuk berkonvoi ke sepang sempena perlumbaan moto gp dunia 2010 edisi malaysia.

setelah dipersetujui oleh semua pihak.. penempatan untuk para peserta konvoi kali ini adalah di masjid al azim pandan indah selangor (kawasan pandan) bermula dari sabtu 9.10.2010 - ahad 10.10.2010.
kita akan bertolak ke sepang pada pagi ahad.

para peserta dikenakan sedikit yuran untuk kos makan minum dan seumpamanya sebanyak rm30 seorang.

segala maklumbalas boleh terus berhubung dengan pihak urusetia tuan rumah.

arc pandan dan arc selangor mengalu alukan kedatangan semua peserta dari arc negeri-negeri cuma satu diingatkan iaitu berhati-hati ketika menunggang motorsikal, ikut arahan trafik dan undang-undang jalan raya sebab bersesuaian dengan moto arc " we ride only for charity & safety riding ". motor tu.. service dulu, check 4T,tayar dan roadtax motor.. hehehe..

doakan semuanya berjalan lancar.. amin. " Bismillahi tawakal tu annallah- kepada Allah kami berserah dan bertawakal.

ok sekian.

Tuesday, September 07, 2010

salam aidulfitri 1431 H....

salam...

Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar ! (bukan dengan mendayu dayu kesedihan..).

dacs & arc pandan/selangor mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri 1431 H yang beberapa hari saja lagi untuk diraikan.. diharapkan semua kawan-kawan & pembaca blog ni menyambutnya dalam suasana penuh harmoni, bersopan santun, jaga batasan aurat lelaki/perempuan dan berakhlak mulia.

sebulan kita berpuasa dari menahan lapar dan dahaga yang Allah wajibkan pada hamba-hambaNya jangan kita leburkan segala amalan kebaikan selama sebulan itu pada tanggal 1 syawal.

Insyaallah jika 1 syawal pada hari jumaat 10.9.2010 (sebab 9.9.10 dah 30 ramadhan)...maknanya ia akan bertembung dengan solat jumaat tengah hari nya. banyak gak aku perhatikan bab solat ni ramai yang ringan-ringan kan, bleh qado' katanya...seperti gak kenduri kahwin, zohor tu kekadang lepas asar baru tunaikan. salah tu !!

statistik jabatan agama > 70% rakyat malaysia beragama islam tak solat.( ha ha ha.. sapa nak tanggungjawab hal ni ? )

jadi... ayuh, Allah hadiahkan kepada kita satu hari yang penuh kegembiraan iaitu aidilfitri.. bergembiralah.. rapatkanlah hubungan persaudaraan yang telah lama tak jumpa, buatlah apa pun asalkan perkara itu tak langgar batasan agama sudah !!!

selamat hari raya !!! hati hati memandu dijalan raya !!! 
kami doakan kalian selamat pergi & balik.

kirim salam kat orang kampong kalian !!!!!

* jadikanlah diri kalian seorang yang celik ilmu (membaca pelbagai saluran media supaya dapat menilai yang mana penyeleweng, yang mana pembela, yang mana perasuah, yang mana telus dll) dan peka dengan apa saja isu isu semasa. jangan kita mudah di tipu & di tindas !!!!

arc malaysia bakal berkampung sempena moto gp sepang.

salam...

seperti tahun-tahun sebelum ini, apabila tiba giliran malaysia sebagai tuan rumah dalam penganjuran perlumbaan moto gp dunia di sepang.. alternative riding club malaysia pasti tak lepaskan peluang untuk berkonvoi beramai-ramai bersama ahli kelab ke sepang selangor.

pada tahun ini perlumbaan moto gp ialah pada 10.10.2010 dan Insyaallah arc malaysia telah merancang untuk menghimpunkan ahli-ahli arc dari seluruh negara dan berkonvoi beramai-ramai yang diketuai oleh saudara yasir said. (presiden arc malaysia).

lokasi yang terpilih untuk edisi tahun 2010 ini kemungkinan di parlimen pandan, selangor.

pelbagai aktiviti yang menarik bakal dirancang untuk memeriahkan suasana. antara tujuan konvoi ke moto gp sepang adalah untuk memberi pendedahan golongan muda tentang perlumbaan motor superbike yang sebenar, teknik kepakaran menguasai motor, keselamatan diri ketika menunggang, semangat setiakawan, berkumpul, pengisian ilmu agama dan banyak lagi lah.....

jadi.... nantikan kemunculan rombongan arc kat sepang. nak sertai... kita jumpa sana pada 10.10.10 insyaallah. doakan semuanya lancar..

sekian.

Sunday, September 05, 2010

briged amal selangor turun padang...

salam.

pada 4 hb ogos lepas, satu program remaja telah diadakan bersempena penghayatan ramadhan. program ini anjuran bersama briged amal selangor, pejabat adun chempaka, pemuda masjid nurul hidayah, nisa' & pemuda kawasan. peserta 13-20 tahun sekitar pandan. bermula 9 pagi dan berakhir dengan berbuka puasa bersama-sama yang turut disertai oleh yb iskandar abdul samad, adun chempaka.

antara aktivit yang dijalankan selama seharian ini ialah...kursus smart solat, khidmat masyarakat, edaran percuma bubur lambuk dan byk lagi.. nak join briged amal??? call 019 2704811.

adale gambar sikit-sikit....

                                                        pendaftaran di awal pagi.
                                                    dapat baju percuma lagi !!!!

arc sel ke i city shah alam sempena merdeka.

salam.

pada tanggal 30 ogos malam merdeka.. kerajaan selangor ada anjurkan sambutan kemerdekaan & penghayatan ramadhan kat i city seksyen 7 shah alam. puluhan ribu hadir &pelbagai bangsa hadir.

pelbagai program menarik di adakan antaranya.. artis jemputan seperti mawi, ramli sarip, juara imam muda oasis, ustaz zamri mari mengaji ( ha !!! adik2.... solat), a samad said,solat hajat selepas detik 12 malam, qiamulail perdana pagi 31 hb tu, di akhiri kuliah subuh  dan macam2 lagi.

islam tak tolak hiburan tapi hiburan itu mesti mengikut panduan agama agar tak rosak.. sempoi!!!

alternative riding club selangor ( arc selangor ) juga telah dijemput isi satu slot iaitu konvoi sempena kempen anti zina yang di lepaskan oleh menteri besar selangor pada malam itu. (nak elak kejadian buang bayi antara bulan 4,5,6 2011 nanti.. insyaAllah)

i city ni tempat cantik di waktu malam, sesuai untuk bawa keluarga jalan-jalan sini..masalah lain pulak banyak sangat pasangan-pasangan bercinta lepak sini. ( uitm dekat je dari sini ).. tak bleh jadi ni !! kena benteras habis habisan.. anti zina. ( walaupun melaka ada sekolah hamil zina..xleh pikir aku !!!)

ok, ada gambar sikit untuk tatapan semua.