Subscribe:

Penjejak

Labels

Sunday, February 14, 2010

Tanpa nasihat ulama', tiada beza manusia dan haiwan.

Hasan al-Basri seorang alim yg dikurniai Allah s.w.t ilmuy mentakbir mimpi. Islam mengiktiraf kewujudan mimpi dengan prinsip; bahawa 'Ar-Rukya juz-un minan Nubuwah' (mimpi - satu juzuk dari kenabian).
       Ada tiga tahap mimpi, antaranya disebut 'ar-Rukya Shadiqah' inilah yang diiktiraf oleh Islam. Sementara dua lagi disebut 'ahlam' dan juga 'adhghatsu ahlam', kedua-keduanya ditolak oleh Islam.
      Apabila Allah s.w.t hendak memberi tahu sesuatu kepada manusia, maka dikirimnya malaikat Jibril menemui Nabi s.a.w bagi menyampaikan sesuatu berbentuk wahyu.
       Namun setelah Nabi s.a.w wafat, tiada lagi wahyu yang hendak dibawa oleh malaikat Jibril. Dengan kasih sayang Allah s.w.t yang mengurniakan kebaikan kepada manusia, maka disampaikan perkara itu melalui mimpi yang benar.
       Ada kalanya Allah s.w.t kurniakan mimpi secara langsung, misalnya hendak memberi tahu sesuatu bahaya yang akan menimpa. Tetapi ada ketikanya melalui isyarat yang memerlukan kepakaran orang tertentu menta'birnya, Hasan al-Basri yang dikurniakan Allah s.w.t ilmu untuk mentakbir mimpi.
       Diriwayatkan, bahawa seorang wanita menemui Hasan Al-Basri menanyakan erti mimpi. Wanita itu menceritakan bahawa mimpi berzina dengan orang ramai.
       Hasan Al-Basri meragui kenyataan wanita tersebut, lalu beliau minta penjelasan siapakah sebenarnya bermimpi?
       Akhirnya wanita itu berterus terang bahawa dirinya hanya orang suruhan kepada isteri Harun Ar-Rasyid yan ingin tahu erti mimpinya yang aneh itu.
       Isteri Harun Ar-Rasyid malu untuk bertanya sendiri mengenai mimpi berzina itu, justeru beliau telah menyuruh saya pembantunya untuk bertanyakan hal tersebut.
       Setelah Hasan Al-Basri yakin bahawa yang bermimpi itu isteri Harun Ar-Rasyid, beliau menerangkan maksud mimpi tersebut. Kata Hasan Al-Basri: "Suatu masa kelak, beliau (isteri harun Ar-Rasyid) akan bina suatu untuk kemudahan orang ramai."
       Ketika isteri Harun ar-Rasyid bermimpi, beliau sedang merancang untuk membina telaga air 'Zabidah' bagi kegunaan orang ramai, khusunya muslimin yang menunaikan fardhu haji.
       Dalam perkara mengajar ilmu, Hasan Al-Basri berkata: "Kalaulah tidak kerana jasa ulama, nescaya tiada bezanya antara manusia dengan haiwan ternakan." 


       Haiwan mempunyai tabii seperti makan minum, tidur dan hubungan kelamin. Manusia juga melakukan kesemua itu atas keperluan hidup dorongan naluri semula jadi.
       Bezanya manusia boleh berfikir dan akal mereka mampu menerima nasihat para rasul dan ulama, hingga jadi makhluk berakhlak yang kenal batas halal dan haram.
        Yang tidak menerima seruan ulama, khususnya golongan musyrikin dan munafikin, mereka tiada perasaan malu. hingga sanggup muncul tanpa seurat benang di khlayak umum seperti yang dilakukan oleh pelancong asing di pulau-pulau peranginan di negara ini.
         Bagi mereka apa salahnya mendedah tubuh, ia sekadar menikmati kebebasan yang mereka dakwa menjadi sebahagian daripada hak asasi manusia.
        Yang mengajar erti malu hanya agama Allah s.w.t yang dibawa oleh para rasul, disambung penyebarannya oleh para ulama. Tanpa nasihat ulama pasti manusia tidak mempunyai perasaan malu, hingga boleh disamakan dengan haiwan yang tidak berakal itu.
        Agama Islam mengajar: "Bahawa malu itu adalah sebahagian daripada iman."
        Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: " Apabila manusia tiada perasaan malu, mereka akan melakukan apa sahaja kemahuannya."
        Sifat malu itu amat penting, terutamanya bagi wanita. Ia mampu menghalang perbuatan keji. Perasaan malu akan mencetuskan keimanan kepada Allah s.w.t dan hari pembalasan.
        Orang yang imannya tipis mungkin hanya malu sesama manusia, tetapi bagi orang yang tebal imannya, mereka bukan sahaja malu sesama manusia, yang paling utama malu kepada Allah Taala dan takut kepada azabNya.
        Begitu juga ketika Nabi s.a.w membawa turun fardhu solat anugerah Allah Taala dala peristiwa Isra' Mikraj. Solat Fardhu yang diterima Nabi s.a.w pada awalnya sebanyak 50 waktu.
        Nabi Musa a.s. menasihati Rasulullah s.a.w. agar menemui Allah Taala semula, mohon dikurangkan jumlah 50 waktu, kerana jumlah tersebut terlalu berat bagi umat Muhammad. Nabi malu dan berhenti setakat 5 waktu sahaja.

Sumber: Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan).

Sekian.

0 Komen:

Post a Comment