Subscribe:

Penjejak

Labels

Sunday, April 25, 2010

konvoi 24.4.2010 telah selesai dengan jayanya....

salam..

Alhamdulillah arc selangor telah berjaya berkonvoi dan mengadakan program bersama anak-anak muda kat bukit sentosa 2 semalam ( 24.4.2010 ).

konvoi bermula dari shell tol jalan duta pada pukul 2.45 petang dan tiba di tol bukit beruntung lebih kurang pukul 3.30 petang. seramai 8 orang peserta menyertai rombongan arc selangor.

antara aktiviti yang telah dijalankan ialah teknik pemanduan motor secara selamat oleh saudara hamizam, pertandingan motor paling perlahan, ceramah motivasi oleh ustaz nazri (timbalan ulama n.sembilan), penerangan sempena prk oleh ust hasbullah (kp dppns ) dan tukar minyak hitam secara percuma 50 buah.

sambutan daripada anak-anak tempatan dan penduduk setempat menggalakkan. semoga Allah memberkati program ini. terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penganjuran ini. jumpa lagi di next prk !! ( jika ada ). hehe...

banyak gak gambar untuk program ni untuk tatapan geng2 arc sekalian... nantilah kami siarkan.. 

tunggu......

sekian.

0 Komen:

Post a Comment