Subscribe:

Penjejak

Labels

Friday, February 26, 2010

memperingati kelahiran & kewafatan Baginda Nabi SAW

hari ini 12 Rabiulawal 1431 H @ 26 feb 2010 M, umat islam di seluruh dunia akan menyambut satu peristiwa penting dalam kalender islam iaitu "maulid Nabi - kelahiran Nabi Muhammad SAW.


perlu di ingat pada haribulan yang sama juga Rasulullah telah wafat dalam usia 63 tahun.

di malaysia 12 Rabiulawal adalah sebagai cutu umum. banyak tempat diadakan perarakan maulidur Rasul. berselawat beramai-ramai dan pelbagai lagi ragam. akan tetapi cukupkah sekadar berarak sepanjang jalan,membawa pelbagai jenis sepanduk ditengah-tengah panas mentari?


ada orang kata.." berarak sungguh-sungguh tanda cinta pada Nabi tapi selepas keluar sahaja daripada program itu lawan atau ingkar arahan Nabi." harap tak le...

kita sepatutnya cinta apa yang Nabi cinta, benci apa yang Nabi benci, buat apa yang Nabi suruh dan tinggalkan apa yang Nabi larang. ( cth.. bab menjaga aurat & akhlak diri )


                               ambil kulit    dan    isinya sekali....


 jangan hanya pandang pada ibadah Bagida semata-mata..sebenarnya kita kena WAJIB laksanakan semua yang Nabi telah lakukan seperti antaranya dalam bidang pemerintahan berlandaskan undang-undang islam, ekonomi islam, jual beli cara islam, pendidikan cara islam, bertolenrasi dengan kaedah islam, kekeluargaan cara islam, peribadi dan akhlak yang mulia dan banyak lagi...


                        makam Baginda      masjid Nabi di Madinah


marilah kita semua tunjukkan rasa cinta dan rindu kita pada Nabi dengan cara mempertahankan Sunnah Baginda daripada di hina, menyebarkan risalah islam pada semua dan TINGGALKAN apa yang dilarang oleh Rasulullah.


risalah dakwah yang dibawa oleh Baginda dan para Sahabat Baginda mesti terus disebarkan selagi kejahilan masih menebal dalam masyarakat islam di malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya.


memang benar sabda Nabi bahawa umat islam akhir zaman ramai seperti buih dilautan. Islam hanya pada nama sahaja, amalan dan cara hidup terpengaruh dengan cara hidup barat yang tak bermoral.


ayuh !! bersama-sama golongan yang perjuangkan islam dan pertahankan Nabi.....


nahnu fidaka Ya Rasulullah !!! kami sanggup mati demi pertahankanmu Ya Rasulullah !!

sekian.



Sunday, February 14, 2010

pelancaran kempen " tak nak arak, zina & pergaulan bebas"

seperti yang di rancang...

Lujnah dakwah & pembelaan islam dpp pusat yang di ketuai oleh ust riduan mad nor telah berjaya mengadakan program 'pelancaran kempen katakan TAK NAK kepada arak, zina dan pergaulan bebas..

program tersebut telah diadakan pada sabtu 13.2.2010 jam 5 petang di central market ( CM ). 


program pelancaran ini telah di hadiri oleh pimpinan tertinggi dpp pusat iaitu : ust nasarudin at tontowi, ust azman shapawi, ahmad sabki , kamaruzzaman mohamad, ust kamal asyaari, ust riduan md nor dan ramai lagi..


para wartawan dari ntv7 dan beberapa wakil media lain turut hadir membuat liputan program ini.


pelancaran kempen katakan taknak pada arak, zina & pergaulan bebas adalah bertujuan untuk menyedarkan golongan pemuda pemudi kepada bahaya atau  padah jika terlibat dalam kancah yang tak bermoral ini. bahaya ini bukan hanya melibatkan diri sendiri tapi ia melibatkan runtuhnya akhlak, institusi kekeluargaan, zuriat keturunan, masyarakat, negara dan juga agama seseorang itu.


antara tujuan lain diadakan adalah mengingatkan golongan pemuda pemudi supaya jangan sesekali terlibat atau menyambut hari kekasih pada 14 hb, kerana ia bercanggah dengan islam dan menjadi antara punca merebaknya gejala zina.
walaupun alasan hanya untuk suami atau isteri..banyak lagi hari lain, kenapa pilih 14hb feb ?


edar risalah ' bahaya arak & zina'

petugas telah dibekalkan dengan beberapa bahan untuk diedarkan kepada orang ramai iaitu risalah kesedaran tentang bahaya arak & zina, stiker, buku dan macam-macam lagi.

pelancaran ini adalah pemula kepada program berterusan yang akan dirancang oleh lujnah dakwah & pembelaan islam yang melibatkan seluruh negeri dalam malaysia.


Alhamdulillah program ini berjalan lancar tanpa ada sebarang kejadian yang tak diingini dan mendapat respon yang baik daripada setiap orang yang dihampiri. program berlangsung selama lebih kurang 2 jam yang berakhir pada kira-kira jam 6.30 petang.

diakhir program wartawan membuat sidang media khas bersama ust nasarudin at tontowi
.
 

pihak penganjur mengutuk sekeras kerasnya kempen yang dianjurkan dan dipromosikan oleh golongan tertentu untuk penuntut wanita di Institut- institut pengajian tinggi iaitu " kempen no panties ( tanpa seluar dalam  pada 14 hb feb) ".sumber harian metro 13 feb muka 12.

kempen 'no panties' ini adalah berniat jahat dan ingin merosakkan golongan muda mudi terutamanya wanita islam supaya lalai dan leka dalam keseronokan yang semacam menggalakkan aktiviti penzinaan..

atas sebab itulah seluruh IPT-IPT di malaysia ini wajib dipimpin oleh pimpinan yang berakhlak dan beragama dari kumpulan pro mahasiswa yang mewakili fakulti masing-masing dalam mencorakkan atau membimbing para pelajar ke arah lebih islamik dan berakhlak mulia.

kepada pihak berkuasa.. tolong lebih prihatin dan bersamalah kita berganding bahu mengubati / mencegah penyakit gejala sosial, keruntuhan moral, keruntuhan akidah, keruntuhan iman dan macam-macam lagi  yang semakin parah dan runtuh...

sekian..


Tanpa nasihat ulama', tiada beza manusia dan haiwan.

Hasan al-Basri seorang alim yg dikurniai Allah s.w.t ilmuy mentakbir mimpi. Islam mengiktiraf kewujudan mimpi dengan prinsip; bahawa 'Ar-Rukya juz-un minan Nubuwah' (mimpi - satu juzuk dari kenabian).
       Ada tiga tahap mimpi, antaranya disebut 'ar-Rukya Shadiqah' inilah yang diiktiraf oleh Islam. Sementara dua lagi disebut 'ahlam' dan juga 'adhghatsu ahlam', kedua-keduanya ditolak oleh Islam.
      Apabila Allah s.w.t hendak memberi tahu sesuatu kepada manusia, maka dikirimnya malaikat Jibril menemui Nabi s.a.w bagi menyampaikan sesuatu berbentuk wahyu.
       Namun setelah Nabi s.a.w wafat, tiada lagi wahyu yang hendak dibawa oleh malaikat Jibril. Dengan kasih sayang Allah s.w.t yang mengurniakan kebaikan kepada manusia, maka disampaikan perkara itu melalui mimpi yang benar.
       Ada kalanya Allah s.w.t kurniakan mimpi secara langsung, misalnya hendak memberi tahu sesuatu bahaya yang akan menimpa. Tetapi ada ketikanya melalui isyarat yang memerlukan kepakaran orang tertentu menta'birnya, Hasan al-Basri yang dikurniakan Allah s.w.t ilmu untuk mentakbir mimpi.
       Diriwayatkan, bahawa seorang wanita menemui Hasan Al-Basri menanyakan erti mimpi. Wanita itu menceritakan bahawa mimpi berzina dengan orang ramai.
       Hasan Al-Basri meragui kenyataan wanita tersebut, lalu beliau minta penjelasan siapakah sebenarnya bermimpi?
       Akhirnya wanita itu berterus terang bahawa dirinya hanya orang suruhan kepada isteri Harun Ar-Rasyid yan ingin tahu erti mimpinya yang aneh itu.
       Isteri Harun Ar-Rasyid malu untuk bertanya sendiri mengenai mimpi berzina itu, justeru beliau telah menyuruh saya pembantunya untuk bertanyakan hal tersebut.
       Setelah Hasan Al-Basri yakin bahawa yang bermimpi itu isteri Harun Ar-Rasyid, beliau menerangkan maksud mimpi tersebut. Kata Hasan Al-Basri: "Suatu masa kelak, beliau (isteri harun Ar-Rasyid) akan bina suatu untuk kemudahan orang ramai."
       Ketika isteri Harun ar-Rasyid bermimpi, beliau sedang merancang untuk membina telaga air 'Zabidah' bagi kegunaan orang ramai, khusunya muslimin yang menunaikan fardhu haji.
       Dalam perkara mengajar ilmu, Hasan Al-Basri berkata: "Kalaulah tidak kerana jasa ulama, nescaya tiada bezanya antara manusia dengan haiwan ternakan." 


       Haiwan mempunyai tabii seperti makan minum, tidur dan hubungan kelamin. Manusia juga melakukan kesemua itu atas keperluan hidup dorongan naluri semula jadi.
       Bezanya manusia boleh berfikir dan akal mereka mampu menerima nasihat para rasul dan ulama, hingga jadi makhluk berakhlak yang kenal batas halal dan haram.
        Yang tidak menerima seruan ulama, khususnya golongan musyrikin dan munafikin, mereka tiada perasaan malu. hingga sanggup muncul tanpa seurat benang di khlayak umum seperti yang dilakukan oleh pelancong asing di pulau-pulau peranginan di negara ini.
         Bagi mereka apa salahnya mendedah tubuh, ia sekadar menikmati kebebasan yang mereka dakwa menjadi sebahagian daripada hak asasi manusia.
        Yang mengajar erti malu hanya agama Allah s.w.t yang dibawa oleh para rasul, disambung penyebarannya oleh para ulama. Tanpa nasihat ulama pasti manusia tidak mempunyai perasaan malu, hingga boleh disamakan dengan haiwan yang tidak berakal itu.
        Agama Islam mengajar: "Bahawa malu itu adalah sebahagian daripada iman."
        Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: " Apabila manusia tiada perasaan malu, mereka akan melakukan apa sahaja kemahuannya."
        Sifat malu itu amat penting, terutamanya bagi wanita. Ia mampu menghalang perbuatan keji. Perasaan malu akan mencetuskan keimanan kepada Allah s.w.t dan hari pembalasan.
        Orang yang imannya tipis mungkin hanya malu sesama manusia, tetapi bagi orang yang tebal imannya, mereka bukan sahaja malu sesama manusia, yang paling utama malu kepada Allah Taala dan takut kepada azabNya.
        Begitu juga ketika Nabi s.a.w membawa turun fardhu solat anugerah Allah Taala dala peristiwa Isra' Mikraj. Solat Fardhu yang diterima Nabi s.a.w pada awalnya sebanyak 50 waktu.
        Nabi Musa a.s. menasihati Rasulullah s.a.w. agar menemui Allah Taala semula, mohon dikurangkan jumlah 50 waktu, kerana jumlah tersebut terlalu berat bagi umat Muhammad. Nabi malu dan berhenti setakat 5 waktu sahaja.

Sumber: Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan).

Sekian.

Saturday, February 06, 2010

kempen.. katakan TAK NAK !!! ARAK, ZINA, PERGAULAN BEBAS

Ayuh !!

kita bersama-sama menyahut seruan atau kempen daripada lujnah dakwah dan pembelaan islam DPPP mengenai " katakan.. TAK NAK ! kepada ARAK, ZINA & PERGAULAN BEBAS "

kempen ini bertujuan untuk mengajak tak kira peringkat umur terutamanya golongan muda mudi supaya berhati-hati, kawal diri, jaga maruah dan pelbagai lagi daripada terjebak ke kancah yang sangat-sangat tidak sihat ini...

 
Poster..(klik gambar utk saiz penuh)

dalam keadaan suasana gejala sosial sekarang yang semakin serius dan parah dan tak nampak tanda-tanda daripada pihak yang berwajib untuk mengekang atau mengubati penyakit ini..

maka ngo's yang ada rasa tanggungjawab untuk menyelamatkan anak bangsa lah yang berhempas pulas cuba mengurangkan atau mengubati penyakit ini..

punca utama gejala sosial ini sangat cepat membiak adalah kerana mungkin :

1. terpengaruh dengan budaya barat ( yahudi )
2. memang menyeronokkan.
3. hiburan yang sangat melampau.
4. kejahilan pada agama.
5. TIADA AKTA/ UNDANG-UNDANG DI WARTA & LAKSANAKAN.
6. takda siapa yang peduli.
7.mak bapak sibuk kejar harta dunia.
8. memang cara hidup dalam famili tak ikut acuan islam.
9. kawasan-kawasan  perumahan pangsa/flat paling banyak terjebak.
10.terpengaruh dengan kawan-kawan yang tak baik.
11. pemerintah tolak islam.
12. akhir zaman. (menuju kiamat )
13. kelulusan lesen pub/disko mudah.
14. konsert sana sini ( mudah dapat permit)
15. dan tak tertulis disini......

oleh itu marilah kita sama-sama membantu dalam menjayakan kempen ini dan kita sebagai anak muda yang ada akal fikiran yang waras ni, berpesan-pesan pada kawan-kawan supaya tidak atau jangan jebakkan diri dalam perkara yang tak sihat ini malah ia satu dosa yang sangat besar disisi islam...

  Stiker..(klik gmbr utk saiz penuh)

Ayuh !! kita bukan anti sosial tapi kita tak nak lihat gejala sosial dan keruntuhan moral dan akhlak semakin parah.  

sekian....