Subscribe:

Penjejak

Labels

Monday, May 02, 2011

eratkan hubungan.. dacs seluruh selangor.

assalamualaikum :

1 mei 2011 bertempat di dewan datuk hormat, tanjung karang selangor adalah satu tarikh muktamad terlantiknya pengerusi dacs kawasan-kawasan seluruh selangor sebanyak 22 kawasan.

insyaAllah apabila pemuda peringkat negeri selangor melantik pengarah dacs yang baru nanti, diharapkan dacs semua peringkat dapat memberikan kerjasama dan sama-sama berganding bahu dalam dacs mendepani cabaran untuk turun dan berprogram bersama anak-anak muda dan belia keseluruhannya.

dacs pandan mengharapkan selepas ini program-program yang bakal dianjurkan oleh dacs atau arc akan lebih kreatif dan mengikut arus atau selera orang muda.

dacs atau dalam maknanya " department of arts culture & sports " adalah satu kelab sukan yang memerlukan dana atau sumber kewangan yang banyak untuk merealisasikan setiap program yang dirancang.

kepada para dermawan dan sesiapa sahaja yang nak menyumbangkan kewangan bagi menjayakan setiap program adalah sangat-sangat dialukan. boleh hubungi saya halim ahmad di talian 019 2115995 atau email abumuaz78@yahoo.com untuk sebarang maklumat dan yang paling utama ialah setiap program yang dirancang .. batasan agama dititikberatkan.

hanya Allah selayaknya membalas jasa kalian semua yang menyumbang. sekian.

0 Komen:

Post a Comment