Subscribe:

Penjejak

Labels

Tuesday, May 03, 2011

temasya sukan peringkat selangor di pandan 7 mei.

assalamualaikum.

untuk pengetahuan semua, pada 7 mei 2011, hari sabtu bertempat di padang awam majlis perbandaran ampang jaya (mpaj) berhadapan balai bomba pandan indah akan berlangsung satu temasya sukan tahunan  kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun dari sekolah pusat asuhan tunas islam (pasti) peringkat negeri selangor.

hanya 2 acara dipertandingkan iaitu bola sepak 5 sebelah lelaki dan bola jaring perempuan. penyertaan adalah terdiri daripada 22 kawasan dalam selangor.


segala persiapan sedang rancak dijalankan sekarang ini. insyaAllah segalanya berjalan dengan lancar.

pelbagai hadiah menarik disediakan untuk para pemenang.

sukan Pasti peringkat negeri selangor dianjurkan oleh Pasti selangor dengan dibantu oleh pasti kawasan-kawasan, dacs dan jabatan amal berdekatan.

seluruh rakyat dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini.

wallahu alam ....sekian.

0 Komen:

Post a Comment