Subscribe:

Penjejak

Labels

Thursday, May 26, 2011

tayangan skrin besar uefa final ...

salam.

sempena pertembungan dua kelab gergasi eropah dalam perlawanan akhir uefa 2011 pada 29.5.2011 ahad  jam 2.30 pagi.. dacs selangor telah mengarahkan dacs kawasan-kawasan untuk anjurkan tayangan skrin layar besar untuk para penonoton,belia setempat dapat menyaksikan perlawanan tersebut dengan selesa.

oleh itu dacs selangor telah memilih dacs pandan untuk sama-sama bekerjasama menjayakan program tersebut. lokasi yang telah dipersetujui adalah di :

restoran mamak al syarjah taman lembah maju ( belakang sekolah rendah pandan indah).

saudara hakim arshad selaku pengerusi dacs pandan dan saudara suhaimi selaku pengarah program telah menyatakan untuk memberi komitmen bagi menjayakan program ini dan kesedian pihak restoran syarjah untuk menjadi tapak lokasi tayangan sangat-sangat dacs selangor hargai.

difahamkan pelbagai acara dan hadiah yang menarik disediakan oleh dacs pandan antaranya cabutan bertuah dan teh tarik percuma untuk penonton.

oleh itu dijemput .... semua warga pandan dan sekitar dijemput ramai-ramai datang memeriahkan dan menonton dengan kawan-kawan.. lebih syok !!!

memburu kejuaraan ke dua musim ini..

sebelum itu.. pada 28hb sabtu jam 8.30 malam perlawanan liga super malaysia antara selangor vs negeri sembilan @ stadium shah alam...

jom !! turun dengan pakai jersi pasukan masing-masing...

sekian.

0 Komen:

Post a Comment